Sejarah VCO


Pohon kelapa (Niu – dalam bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik dan
Papua) memiliki sejarah amat panjang dalam menyediakan bahan-bahan
yang bermanfaat bagi kehidupan manusia . Dan yang terpenting adalah
minyak kelapa Dara (VCO). Minyak ini dikenali sebagai makanan
kesihatan dalam ilmu kedoktoran Ayurveda hampir 4000 tahun lalu.
Dalam kedoktoran Sansekerta ini, kesan kesihatan minyak kelapa ini
sama dengan air susu ibu (ASI). Pada zaman itu, ASI digunakan
sebagai "antibiotik" selepas pembedahan mata. Kajian moden menemui
hubungan diantara kedua produk kesihatan alamiah itu – kandungan
lipida atau lemaknya.

Selama lebih dari 30 tahun, sebuah makmal lipida di Amerika yang
dipimpin oleh John Kabara Ph.D, mempelopori kajian berhubung antara
lipida sintetik dan alamiah dengan aktiviti biologinya. Kajian
menunjukkan bahwa asid-asid lemak dan monogliserida yang ditemui di
dalam dua produk semulajadi ini memiliki sifat-sifat antimikrob yang
luar biasa. Selama beberapa dekad makmal ini telah memilih sekitar
300 lipid dan struktur lain untuk mendapatkan fungsi antimikrob.
Mereka gagal. Kerana itu, mereka kembali ke alam.

Rantaian asid-asid lemak medium dan monogliserida yang terutama ditemui dalam minyak kelapa dara
ini  mempunyai kekuatan penyembuhan yang hebat.

Dalam sejarah kedoktoran jarang sekali ditemui zat yang sifat-sifat
kegunaannya begitu luarbiasa dan tidak mengandungi racun atau kesan
sampingan yang berbahaya.

Para pengkaji kemudian berusaha untuk memperolehi manafaat perubatan
dan industri dari spesis yang paling aktif, monolaurin.
Monogliserida yang asli lebih dikenali dengan Lauricidin daripada
sekadar monolaurin kerana dalam penggunaan komersial, monolaurin
hanya memiliki keaslian sekitar 45-55% dan tidak memiliki sifat-
sifat antimikrob. Penggunaan pertama monolaurin adalah dicampurkan
ke dalam margerin sebagai pengawet makanan dan kemudian ke dalam
perubatan untuk mencegah infeksi sumsum tulang belakang.

Selepas itu Lauricidin digunakan dalam kosmetik, ubat-ubatan dan
didalam bidang kedoktoran. Sebagai makanan tambahan, kesan
antibiotik dan antivirus monolaurin sangat luar biasa. Sejak lebih
dari 16 tahun lalu monolaurin diketahui dapat melawan virus-virus
yang berlapisan lipida. Penelitian mengenai monolaurin telah
berkembang pesat, dan sekarang banyak digunakan untuk: rawatan gigi,
herpes genitalia, hepatitis C, serta HIV/Aids.

Persidangan ahli Kimia Amerika pada 1995 mengakui kelebihan minyak
tropika ini akan menjadi minyak kesihatan dalam milenium ketiga ini.
Kerana monolaurin tak hanya mempunyai sifat antibiotik dan
antivirus, tapi juga tak menyebabkan rintangan terhadap virus.

No comments:

Post a Comment