Saturday, 22 December 2012

Pendahuluan


Asas utama kesihatan tubuh manusia bermula dari bagaimana diri kita melawan penyakit tersebut. Melalui apa,melalui antibodi. Terdapat pelbagai jenis penyakit di dunia ini,ada yang berpunca dari makanan,persekitaran, dan microbs2. Apa yang pasti,jika seseorang itu pandai mengurus kesihatannya dan menjalani gaya hidup yang sehat,sakit pon susah nak datang. Tetapi ada di kalangan kita,rata ratanya terlalu taksub dengan ubat ubatan contohnya panadol,ubat batuk,. Tahukah anda bahawa pengambilan ubat ubatan yang berlebihan akan mengakibatkan keburukan jangka masa panjang. Pernahkah anda dengar bahawa jika kita demam,elakkan kebiasaan makan panadol.jangan ambil ubat batuk berlebihan.. dan lain2.. anda sendiri tahu sebabnya mengapa. Ada yang sembuh dengan sendirinya dan ada yang menggunakan bahan2 traditional seperti herba2. malah yang semulajadi itulah lebih baik dari segi kesannya. Sebelum munculnya perubatan moden dan vaccination. Pelbagai penyakit boleh disembuhkan dengan bahan2 semulajadi. Malah apa yang diamalkan dalam rawatan dan perubatan islam juga menggunakan bahan2 semulajadi, Kerana penciptaan Allah terhadap sesuatu perkara itu pasti mempunyai kebaikan dan manfaatnya. Pernahkah anda dengar bahawa jika kita terkene duri kelapa sawit,ubatnya ada pada buahnya. Jika terkena patukan ular,ubatnya ada pada ekornya, Penawar bagi lalat yang jatuh pada air juga ada pada sayapnya. Jadi penciptaan Allah itu seimbang dan rahsianya tersangat besar. Apa yang penting kita usahakan dan manfaatkan apa yang dijadikan. Beserta keyakinan dan doa,penyakit kita akan sembuh. Di dalam blog ini, akan menerangkan mengapa minyak kelapa dara sangat bagus sebagai makanan tambahan untuk mengubati penyakit. Apa yang pasti, setiap penyakit itu pasti ada penawarnya. Cuma keyakinan ilmuan barat dan islam itu berbeza-beza sama ada mereka mempercayai dan menerima atau tidak. Itu sahaja. Maka usahakanlah yang terbaik untuk diri anda...